Friday, 10 June 2011

PengaLamaN...=)

nice..=)


aku percaya korang semua tahu dan pernah mengalami satu ''pengalaman'' dalam hidup korang..tipu untuk aku percaya kalau korng x de pengalaman..hari nie aku nak list down pengalaman yang aku ingat sepanjang aku hidup..joommm layann..=)





  • semasa aku kecil aku rasa dunia ni hanya untuk main sahaja, tapi bila aku besar, maksud aku ble aku dah remaja macam sekarang, baru aku tahu betapa susahnya untuk aku bernafas kt dunia nie walaupun seminit..aku rasa itu hanya ''pengalaman''.


  • masa aku umur 17tahun  5 bulan selepas tamat SPM aku pergi berkerja di parkson, kajang..aku masih ingat first time aku keja sebagai seorang promoter dekat situ..dulu masa aku pergi shopping dgn mama aku, aku ingat org yang keja promoter nie senang je tapi susah giler..nampak je senang tengok diorang berdiri tanpa buat apa-apa keja..ye la betul la cakap orang bila kita dah buat baru tau senang susah..kan?first day, aku jadi promoter fulamakkk..jgan cakaplah, penat giler, aku kena buat harga untuk satu barang n than tampal-tampal harga..memang penat tanpa rest pon first day tu..aku pergi keja dari pukul 9 pagi sampai 10.00 malam.bayangkan memang penat nak cari duit walaupun 1 ringgit..gaji aku hanya RM3.50 je untuk 1 jam..bayangkan..so, dlm sebulan aku hanya dapat RM800 je..dari situ aku berazam satu hari nanti aku x nak keja camnie lgi, aku nak berjaya dalam hidup aku..aku hanya tahan keja kat situ 1 bulan je.Dan 1 bulan itu jugak aku belajar macam-macam benda.berbagai-bagai ragam manusia yang aku jumpa..tapi aku bersyukur kat Allah sebab bagi aku pengalaman mengenal erti hidup nie..macam yang aku cakap, hidup memang susah even nak cari 1 ringgit pon memang susah..Aku bukannya perlukan wang pun masa tu, tapi aku inginkan ''pengalaman''...


  • masa aku kerja juga, ialah masa aku jatuh cinta dengan seseorang..hehe..my 1st lov, memang aku x boleh lupa..sapa yang akan lupa 1st love dalam hidup kan?haha., dulu aku ingat cinta nie best..tapi memang best kalau die jodoh kita..nak tau macam mana aku boleh sangkut dengan 1st lov aku nie..semuanya bermula bila malam pertama aku kerja kat situ..die lelaki melayu yang tegur aku kat situ pada malam tu..aku nie kekok sikit dgn lelaki melayu, bab kat sekolah aku, aku hanya berkawan dengan lelaki cina je..bukan x de lelaki melayu kt sekolah aku tu, ada tapi sikit je n semuanya x boleh guna, hanya seorang dua je..hihihi..sorry to say..ia memang kenyataan..disebabkan aku nie kekok sikit untuk bercakap dengan lelaki melayu so, aku selalu jauhkan diri daripadanya..dan die suka  pandang-pandang aku masa keja, dalam hati aku nak je aku ''bunuh'' mamat nie..aku betol-betol benci die..tapi hari makin hari, perasaan aku berubah menjadi sayang..aku x tau macam mana perasaan aku boleh berubah begitu cepat sekali..dari benci jadi sayang. hahahaa..dulu aku x percaya pada statement '''jangan benci-benci nanti sayang''..sekarang dah terkena kat batang hidung..fuuhhh, x boleh lari dah..tapi itu semua '' pengalaman'' ..


  • ''broken heart''???..ia aku pernah mengalaminya dulu..bila??..biar lah rahsia antara aku dan dia..hehe..memang sakit putus-putus nie.tapi nak buat camne x de jodoh..dulu aku pelik jugak kenapa la kawan aku yang dah kapel-kapel nie asyik putus je..sekarang baru aku faham!!..bila kita kapel banyak dugaan yaang datang..memang betul cakap orang, mereka yang dah kawin pon boleh cerai berai talak 3 apatah lagi yang bercapel-kapel nie..huhuhu..ternyata ianya memang tepat..tapi aku bersyukur kepada Allah bab bagi aku petunjuk awal yang die bukan untuk aku..thanks Allah..aku rasa ini semuanya ''pengalaman''


  • masuk kolej???..dunia baru bagi aku..x dpt duduk dekat rumah lagi hanya ditemani kawan-kawan..tapi pengalaman yang aku ingat ialah time puasa.. first time aku berpuasa ditempat orang yang membuatkan aku berpisah berpuluh-puluh batu dengan family aku..first time aku buka posa and sahur tanpa keluarga disisi hanya ditemani kawan-kawan yang senasib dengan aku..sakit dan pedih air mata aku saat azan maghrib berkumandang di masjid.. pilu rasa hati aku masa tu, maklumlah anak last, x pernah berpisah dengan family..tapi demi ilmu yang ingin ku pelajari, demi agama, demi bangsa, demi negara tercintaku akan ku kesatkan air mataku agar aku sentiasa tersenyum..hanya Allah yang mengetahui hatiku saat itu..tapi itu semua adalah sebuah ''pengalaman''...



ok la sampai situ sahaja pengalaman yang aku nak kongsi dengan korang..sikit???..bukan sikit tapi banyak sangat pengalaman aku, cuma aku takot korang je malas nak baca..hehehe..just kidding..=)



p/s..jadikan pengalaman sesuatu yang indah dalam hidup..belajar dari pengalaman..
smile dlm menghadapinya..good luck..=)

No comments:

Post a Comment