Friday, 17 June 2011

aku janji..

salam boyz n girlz sekalian..





hari nie tebiba je aku rasa nak buat sajak untuk mama aku..hehehe
korang layan je la ye..=)



mak, ibu, mama, ummi, and mummy 
itu semua satu panggilan dirimu kepada anakmu,
sungguh tulus hatimu,
menjaga dan memelihara aku,
bagai ditatang minyak yang penuh,

mak, ibu, mama, ummi,and mummy
anakmu ini berjanji akan membalas jasamu,
walaupun anakmu ini tahu jasa seorang ibu sukar untuk dibalas,
tetapi, percayalah aku anakmu akan sentiasa menjagamu pabila dirimu tua kelak..
kerana itu janjiku,

mak, ibu, mama, ummi, and mummy.
aku ini anakmu yang sentiasa menaikkan kemarahanmu kerana kenakalanku,
aku ini anakmu yang sentiasa degil mendengar arahanmu,
aku ini anakmu yang sememangnya nakal,
tapi aku ini anakmu, yang amat-amat menyangimu.
tapi aku ini anakmu, yang tak pernah lupa mendoakanmu selepas solat,
tapi aku ini anakmu, yang tak pernah lupa segala pengorbananmu tehadapku,


mak, ibu, mama, ummi, and mummy
aku ini anakmu, 
berjanji akan menyangimu sampai akhir hayatku
berjanji akan membalas jasamu,
walaupunku tahu tak mampu untuk aku membalasnya,
kerana jasa dan pengorbanan dirimu amat la banyak,
tapi, aku berjanji
akan menjagamu, seperti mana dirimu menjagaku waktu kecil
akan aku sayangi, sepertimana dirimu sayangiku waktu kecil
aku amat-amat menyayangimu,
mak, ibu, mama, ummi and mummy..=)





p/s---saya sayang mak saya..she is my love
..muuuahhhh =)

2 comments: