create your own banner at mybannermaker.com!

Sunday 29 May 2011

L.O.V.E vs C.I.N.T.A


What love is all about? Cinta boleh membuatkan kita bahagia, cinta juga boleh merobek hati! Siapakah PENCINTA HEBAT??..adakah seperti adam dan hawa, atau yosof and zulaika or shah zehan dengan mumtaznya? Apa-apa pun cuba renungkan erti CINTA di bawah!..WWWAAHH, bermadah plak aku nie kan..hahaha..hari nie aku nak kongsi sikit ra sa pelik tentang love nie..cuba selami betol-betol pernah x benda2 dibawah nie berlaku kat korg kalau pernah, korg dalam delima L.O.V.E..haha

  • Jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendo’akannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.
  • Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada korang? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta …(ye ke?)
  • Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika korang masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah kalah jika korang masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan korang tidak mencintainya lagi, jika korang masih tidak dapat melupakannya.
  • Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun korang telah dikecewakan. Kepada korang yang masih percaya, walaupun awek or balak korang telah menghianati korang. Kepada boys or girls yang masih ingin mencintai, walaupun korang telah disakiti sebelumnya dan Kepada girls or boys yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.itulah love..hehe
  • Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya korang terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan di benakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. INGAT CERITA “LOVE IS CINTA!” . Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurnia tersebut.
  • Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu menjadi emas, keruh menjadi hening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.cewahhhh..haha
  • Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan korang tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.dalam erti kata lain''malu tapi ku mahu cintamu''..hehe
  • Seandainya korang ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala korang mencium harum mawar tersebut, tetapi kadangkala korang terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
  • Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika korang bertemu seseorang yang sangat bererti bagi korang, hanya untuk mengetahui bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan korang harus membiarkannya pergi.iisshhh nie memang x patut..
  • Kadangkala korang tidak menghargai orang yang mencintai korang sepenuh hati, sehingga korang kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan kerana perginya tanpa berkata lagi. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya korang benar-benar mencintai gf or bf korang tu setulus hati.
  • Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU. Kemungkinan apa yang korang sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan kemungkinan apa yang korang benci tersimpan kebaikan di dalamnya.bak kata kawan aku..jangan benci nnti syg, merana dik oiii..haha
  • Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam, cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.=)
  • Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang korang cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang korang inginkan. Jika tidak, ibaratnya korang hanya mencintai pantulan diri sendiri yang korang temui didalam dirinya.
  • ingat korang tidak akan pernah tahu bila korang akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.
  • dan yang terakhir,Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.harap korang paham-paham la ye..=)
k la penat dah aku menaip..k smile..=)
p/s=..uuuhhhhh, lov aku hanya pada ALLAH yg ESA..=)

No comments:

Post a Comment